HALAMAN

PENGUNJUNG NELAYAN KLASIK

23 Oktober 2011

PERKONGSIAN ILMU



Doa ubati Angau





Dalam kitab Dzahabul Abraz fi Asrari Khawasi Kitabullahil Azizkarangan Imam Al Ghazali:

Ibnu Qutaibah berkata :
Aku temui waktu keremajaanku seorang sheikh dari kalangan orang sufi. Pada suatu hari aku bertanya kepadanya:

" Kamu adalah seorang Sheikh bagi kami yang memberi nasihat yang benar dan dikenali dengan sifat penyayang dan rasa simpati, Apalah kiranya kamu ceritakan kepada kami suatu yang ajaib yang pernah kamu lihat sepanjang hidupmu" .

Kata Sheikh :

"Aku lihat pada zaman remaja ku seorang perempuan yang sangat cantik dan menarik perhatianku. Maka timbul perasaan seperti perasaan orang muda-muda. Maku aku tidak dapat melelapkan mata di kala malam hari. Sehingga akhirnya aku dapat tidur dan aku bermimpi ada suara berkata kepadaku dalam mimpiku

"Rawatilah dirimu dengan ayat-ayat Al Quraan yang tidak pernah diturunkan selain kepada Nabi Muhammmad Sallawaalaihiwasalam". 

Aku bertanya : "Apakah ayat-ayat itu?".

Suara itu menjawab : ayat-ayatnya ialah :
1. Ayat 27 surah Ibrahim
2. Ayat 74-75 surah Israk
3. Ayat 45 surah Anfal

Aku pun membacakan ayat-ayat tersebut, maka aku rasa seperti tercabut segala masalahku sebagaimana tercabut ikatan pada kepala atau seperti aku keluar dari gua yang gelap"

( MAKLUMAT INI NELAYANKLASIK PETIK DARI... )

terima kasih kerana kunjungan anda

Ayat-ayat di atas adalah :

19 Oktober 2011

SEMOGA DIKURNIAKAN HAJI YANG MABRUR

ASSALAMUALAIUM.....

Tahun ini daku ingin ucapkan Selamat menunaikan Ibadah Fardhu Haji buat semua ummat Nabi Muhammad S.A.W. Tak lupa juga  diucapkan kepada sahabatku Abang Ghapar Tok Salleh dan semua orang kampung ku. Semoga Di kurniakan Haji yang mabrur. insya Allah. Amin.... Ya Allah daku juga ingin menjadi tetamu Mu. Terimalah jua daku sebagai Tetamu Mu Ya Allah. Amin......

Tak lamai ibadah Korban pula . Harapnya daging korban yang diterima tidaklah sampai penuh peti ais nanti. Sunnahnya sekali masak sahaja. Tapi kalau orang dah bagi aku ambil ajer. bukan rompak atau curi pun. Tapi zaman dulu kat kampung aku ada perkara pelik. bila tumbang jer beberapa ekor binatang An'Am tu. Siang-siang lagi ekor dah hilang. Tulang selangka kurang satu dua. kena rembat. Tapi tu cerita zaman Jahiliah atau zaman gelap orang kampung aku. Kini tidak lagi. Lama benau tinggal amalan pelik tu. Dah gamai yang beriman.

Tapi aku yakin, ada sesetengah kampung masih berlaku masalah ni. Mungkin terlebih iman tuu. Jadi nak kurangkan iman rembatlah produk korban kot. Nauzubillah...

Ok Lah. akhir sekali di ucapkan semoga selamat mengundi. Any time.... Pilih ikut Iman. Lihat masalah sekarang. Agama perlu di utamakan. Selawat bebanyak agar nampak mana satu yang nak di pangkah. Semoga Allah tak pangkah dahi kita di akhirat nanti. Nauzubillah....

Allah mengingatkan bahawa Dosa hamba Nya ibarat buih di lautan. Dipukul ombak dan berkecai pecah adalah tamsilan akan pengampunan Nya amat luas".

Manusia masuk neraka bukan kerana berbuat dosa tetapi sebab Tak Mahu Taubat....

Nabi sahaja Ma'sum kan.... ( Terpelihara dari Dosa )

Kalau daku tersalah sila betul kan......

Wassalam.........

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI

Assalamualaikum. Lama Benar daku tidak membuat coretan di sini. Buat makluman kalian, Ayahandaku telah selamat kembali ke Rahmatullah pada 15 Syawal yang lepas. Beliau meninggalkan daku dengan asuhan semenjak kecil. Seramai lima adik beradik lelaki dan seorang perempuan.

Beliau seorang pemandu teksi setelah pulangnya ke tanah air dari berkhidmat di pelabuhan Pulau Krismas ( Australia ) . Ramai juga orang kampung dan rakyat Melaka bekerja di sana dan ada yang mendapat kerakyatan di sana. Pengalaman berada di sana dikongsikan bersama anak-anak. Perihal menangkap ikan di sana sampailah cerita betapa banyaknya ketam merah di sana sehingga memenuhi jalan-jalan raya.

Ketika pulangnya ke tanah air. Kami di didik dengan penuh ketegasan. Pulang dari kerja ( memandu teksi ) perkara pertama di tanya ialah solat. Tak kira pukul berapa pun pulang kerja hatta tengah malam, kami akan di kejut dan di soal perihal solat. Satu waktu tinggal 1 sebatan. Masa tu Abah akan sebat dengan tali pinggang kulit yang di pakainya. Tapi bukannya niat nak bunuh anak. Daku pula banyak kelentong masa tu. Takut kena sebat, lalu kata solat penuh waktu. Malam jumaat pulak wajib ke surau sebagai pengganti abah untuk imarah kan rumah Allah.Abah selalu pulang jam 10 ke atas. Adik-adik kena sebat sebat lurus tak pandai selekoh. Nasib baik daku tak buat perangai sampai tua.

Selepas tanya bab solat, satu lagi ketakutan yang harus dilalui iaitu soal sifir. Sifir 2,5 dan 10  tak main. Senang & Kacang. Yang kena hafal sifir 3,4,6,7,8,9,11,12 dan extra sifir 13. Tang 13 yang aku gagal.... Buat lah pura-pura tidur . Tetap kena kejut.

Selain tu, bila ada kenduri kahwin, wajib kena pergi tolong dan bercampur orang. Aku paling suka pergi tolong waktu pagi sebab orang potong daging. Aku punya kerja biasanya longgok kan daging dlm dulang dan angkat utk basuh . Biasalah untuk di buat masak asam. Lepas siap kerja tu semua, kemas meja dan pasang alas meja, lepas tu makan dan balik rumah. Aku tak minat rewang tengahari sebab crowded sangat. Lagipun telinga ni tak berapa nak hadam bunyi lagu atau karaoke yg kuat. Tapi kalau ada DJ yang islamik aku akan suka . Nasyid aku layan. Bukan sombong lagu lain cuma pembawak badan aku akan pening dengar lagu yang morden gamaknya.

Perkara yang aku paling syahdu sekarang ni ialah terkenang ketika zaman sekolah dulu. Biasanya bila air timpas ( surut ) lepas solat jumaat kami akan turun ke laut bersama Abah. Biasanya aku dan Along akan ikut. Jaring akan di sangkut di kiri dan kanan bahu . Pakai kasut getah dan air masak sebotol yang mak bekalkan. Kami akan melalui beting dan menuju ke Batu Gelama . Kaedah mengharung air. Perahu tak ade.

Lepas pasang jaring, kami naik ke daratan di batu gelama dan mencari kepah dan kupang di situ. Dalam 15-30 minit kami turun untuk susur jaring. Seronok betul. Bukak ikan hidup hidup. Kami pakai jaring belanak ( 1 3/4 inci ) Maka ikan tak lah besar yang dapat. Si gelama je lah yang mengena. Kadang kadang terselit lah udang gantung,ikan belanak, anak kerapu , senangin,kurau dan mcm mcm lagi. Bila pulang kami bagi mak buat sup ikan gelama. Punya lah sedap, walau kecik tapi manis. PERINGATAN ! Gelama pasar jgn buat pasal buat sup. Campak ke tanah lah jawabnya. Tapi kalau selera kamu boleh lulus, silakan.

Buat makluman kalian, Abah dan beberapa orang sahabatnya seperti Pakcik Bedol,Pak Ngah Karia dan beberapa orang lagi merupakan insan peneroka Ternakan Kupang Telok Mas. Ingat lagi abah cerita. Ramai yang kata Abah gila kerana mana ada kupang di Telok Mas masa tu. Tapi lepas 6 bulan buat projek perintis tu maka keluarlah sebiji kereta sorong beroda satu untuk membawa naik hasil kupang dari tepi beting ke daratan. Melopong semua orang yang mengata dulu. Akhirnya banyaklah pokok nibong dan buluh terkorban untuk di buat panggar Kupang. Tak kurang juga batang tiang elektrik kayu yang di cabut LLN masa tu habis di minta mereka.

Dulu 3 Kg kupang RM 5 sahaja. Sekarang ambik kau 3 KG RM 10.

Ok lah. tawakuf dulu.... Wassalam

18 Julai 2011

MELANGGAI UDANG

Di antara kaedah menagkap udang adalah 'Melanggai'. Caranya ialah 2 batang buluh akan di silangkan dan jaring halus ( net ) akan di pasangkan berupa seperti di gambarajah :

Nak tahu datang jer pantai sini. lagi senang.






Kalau di pengkalan balak, aktiviti ini ada juga di lakukan di malam hari. Di telok mas belum lagi yang berani melanggai malam.

KEPAH TELOK MAS

Kepah di sini ada 2 jenis. Pertama jenis kepah beting. Kedua kepah pulau binatang/batu gelama.
Isi kepah beting lebih padat walaupun saiz yang kecil. Kepah pulau atau batu gelama pula kulit tebal tetapi isi kurang padat walaupun saiz besar.

Mentarang pula dari keluarga kepah juga cuma saiz yang besar dan panjang.

KERANG

MENTARANG ( KELUARGA KIJING )





Teritip pula terdapat di batu-batu atau di pokok.

Kaum cina amat suka teritip. Jika yang bersaiz besar ada yang memanggilnya ibu teritip dan ada juga jenis lain yang di panggil "Semal'. Kalau orang Pulau Tioman pula memanggilnya 'Tiram ' kata isteri saya yang berasal dari sana.






Bapa saudara saya menetap di singapura beliau berkhidmat di pelabuhan kapal. Katanya ketika kapal sedang di cuci terdapat banyak teritip di badan kapal. Tetapi tak sedap kerana rasa minyak katanya.

11 Jun 2011

BULAN REJAB

SEKIAN LAMA KITA MENINGGALKAN RAMADHAN YANG LEPAS,KINI KITA HAMPIR BERTEMU KEMBALI. SEKARANG BULAN REJAB, SYA'BAN BAKAL MENYUSUL DAN RAMADHAN KEMUDIANNYA. RAMAI UMMAT NABI MUHAMMAD SEKARANG INI TIDAK BERPUASA. PELBAGAI ALASAN DI BERIKAN. TETAPI APABILA MENYAMBUT SYAWAL DIA LAH YANG LEBIH LEBIH. KITA LIHAT PARA NELAYAN YANG MENERUSKAN TUGAS DI LAUTAN . BERPANAS DAN BERPUASA MENJADI KEBIASAAN PADA MEREKA. SEDANGKAN KALAU MEREKA INGIN MAKAN ATAU MINUM ATAU MEROKOK TIADA SATU MAKHLUK YANG LIHAT. NAMUN MEREKA MASIH BERIMAN KEPADA TUHAN YANG MENCIPTAKAN MEREKA, MERASAKAN ALLAH MELIHAT SETIAP PERBUATAN HAMBANYA.
SEMOGA SEMUA UMMAT ISLAM DAN HAMBA ALLAH DAPAT MENYEMPURNAKAN PUASA PADA TAHUN INI. ORANG YANG CELAKA ADALAH MEREKA YANG TIDAK MAHU BERUBAH. " MAKHLUK MASUK NERAKA BUKAN KERANA DOSA NYA , TETAPI SEBAB TIDAK MAHU BERTAUBAT ". HANYA NABI TERPELIHARA DARI DOSA ( MA'SUM ). SEMOGA    
KITA DI AMPUNI ALLAH... AMIINN...

08 April 2011

RENUNGAN BERSAMA

Assalamualaikum buat semua sahabat ..... Mari renungkan satu perbuatan yang amat teruk apabila ada hari di dalam bulan April perlu memperbodohkan orang lain. 'April fool' konon nya..... Hari untuk mempermainkan seseorang dan membuatkan mangsa nampak amat bodoh kerana gurauan katanya. Yang perlu di renungkan bersama ialah amalan siapa sebenarnya.

Jika anda perihatin dengan masalah berlaku ini kongsikan bersama di blog ini.

27 Februari 2011

SEMBILANG & GEMANG

TERKINI .....
Lagi sembilang n gemang di naikkan di jeti pengkalan nelayan Telok Mas.


Abang wan dengan hasil nya.
2 malam berturut turut........ 


900 gram ajer .....


1 kg pulak...

Kena guna bapak curter pulak tuu....


Melendut joran aku dibuat nyer..... tapi wak kang daa....


YANG INI BUKAN PANCING PUNYER. KAEDAH TABUNG ..... NAK TAHU MACAM MANE KAEDAH TU NANTI SAYA CERITA DI LAIN MASA.....



Lapor nyer akuuuu ........

Orang tak bagi..... nak buat cam ner.... tidur lah.......

13 Februari 2011

KENALI POTENSI DIRI ANUGERAH TUHAN

BUAT PENGUNJUNG BLOG INI. ANDA BOLEH MELIHAT POTENSI ANDA. NAMUN BUKAN PENENTU NASIB SESORANG ITU. SEKADAR BUAT IKTIBAR. LIHAT DI PAUTAN SEPERTI DISEDIAKAN OLEH SEBUAH SYARIKAT PENGELUAR PRODUK GANODERMA MELAYU ISLAM. HLM NETWORK CORPORATION SDN.BHD.http://www.tarikhlahir.hlm4u.com/


WALLAHU A'LAM

09 Februari 2011

IKLANKAN PERNIAGAAN ANDA DI BLOG INI

ANDA BOLEH MENGIKLANKAN SEBARANG PERNIAGAAN HALAL SEPERTI :

1- PAUTAN KE LAMAN WEB / BLOG / E-MAIL / FACEBOOK  DAN SEUMPAMANYA ( RM 10.00 ) UNTUK SATU BULAN

2- SERTAI KOMUNITI USAHAWAN MUSLIM DI PORTAL PERNIAGAAN " IKLANKU.MY". RM 180.00 SETAHUN. PERCUMA PORTAL IKLAN UNTUK ANDA. TUJUAN PORTAL INI DI BUAT ADALAH UNTUK MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA PARA USAHAWAN UNTUK MENCARI PASARAN BARU ANTARA NEGERI DI MALAYSIA. REBET RM 20.00 HANYA KEPADA MEREKA YANG MENGHUBUNGI SAYA SECARA TERUS. POTONGAN HARGA BAGI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH "SAHABAT IKLANKU.MY" SEPERTI PERKHIDMATAN MEMBUAT LAMAN WEB,PRINTING BANNER, PAKEJ UMRAH, CHALLET, GERAI MAKANAN DAN SEBAGAINYA.

08 Februari 2011

GOTONG ROYONG !

Baru baru ini para nelayan dan penduduk kampung telah bergotong royong merobohkan bangunan lama pakatan pinggan mangkut solok Baruh, Jalan Raja Haji. Kayu dan zink yang boleh di guna di pindahkan ke pengkalan nelayan supaya kerja menambah bangunan stor pengkalan dapat dilakukan.

Aktiviti di hari tersebut :


Zink di kumpul untuk bagi memudahkan kerja pemindahan nanti.



Abang Long. Tunggak utama di dalam kerja meroboh pada hari tersebut !

P.B : Bermaksud Persatuan Baruh. Tinggal kenangan
Penuh Gaya dan menjaga keselamatan. Kasut Komando lagi....
Cepattt !!.... Kayu banyak lagi nak bukak nie........

Syeikh Umar sedang melakukan tugasan dengan penuh terampil nyer....

Haus pulak tekak aku.......... Kata abang Gapar


Tanggam yang digunan dahulu tidak memerlukan paku.



Kayu atas hampir siap di turunkan.

Kaedah bijaksana orang dahulu membuat rumah menggunakan baji daripada kayu







Batu alas tiang pun dari batu merah .


Waktu kerja mesti buat sungguh sunguh. Waktu rehat makan... jangan malu. Rezeki dah di sediakan . Kalu tak makan membazir.... Pesan Abang Gapar kepada petugas terlibat..

Makan dulu yer... Atok nak ajak yang lain tu makan dengan kita. Leka betul mereka kerja..... Kata Tok Mat

Kayu buruk dibakar supaya tiada yang tercucuk paku nanti.

PASUKAN MEMBUAT BANGUNAN STOR





BONG KAMAL. MEMERIKSA STRUKTUR BANGUNAN YANG BARU DI BINA.

Abang Acip dan Abang Bob sedang berbincang jenis bumbung yang bakal di naikkan nanti. Abang Acip baru bersara TUDM Kuantan. Seorang penangkap udang pancing dengan cara melanggai.