Beting adalah daratan yang terbentuk sewaktu air surut. Apabila air pasang ia akan tertutup semula.
Foto di bawah menunjukkan salah seorang nelayan veteran sedang membungkus semula jaring belanak selepas digunakan. Pak Uteh Md Nor adalah pakar menangkap ikan belanak. Kalau di sini ikan belanak menjadi rebutan. Harga sekilogram di antara RM 6 - RM 7 bergantung kepada saiz ikan tersebut.
Teknik mengisa ( mengepung ) digunakan beliau di atas lumpur yang airnya setinggi paras betis sahaja. Ia dilakukan samada air bergerak surut atau bergerak pasang kerana ikan akan masuk atau keluar dari paya bakau ketika ini.
Foto ini pula adalah para ternakan kupang.Di atas pelantar inilah para pemancing melepaskan gian. Kerapu,jenahak,pari,kurau,senangin dan macam macam ikan lagi.
Kalau naik ikan sembilang maka bangga juga sebab masak asam pedas sembilang paling top kat kampung saya nie. Ikan baru mencecah RM 15 sekilo.
Foto ini pula di ambil ketika air mula pasang. Perahu di hadapan sudah bersedia untuk ketengah lautan.Ia dimiliki oleh Abang Md Zin bekas askar komando.Beliau ada lesen untuk bawa penumpang memancing atau ke pulau-pulau untuk aktiviti skuba atau diving.Akan datang saya masukkan gambar orangnya.
Pak Ajak bersiap untuk ke tengah daratan.Hanya tunggu air pasang sahaja. Kapasiti enjin 30 kuasa kuda bersesuaian nelayan di sini. Ada juga yang melebihi 120 kuasa kuda bergantung saiz bot .
Di antara nelayang yang bersiap ke tengah lautan samudera mencari rezeki.
Sekiranya pengunjung bertuah akan dapat peluang membeli udang segar,kerang, ikan dan pelbagai hasil laut segar...
BalasPadam