Bukan senang nak jumpa hasil yang segar dari laut ini.
Ini baru anak pari. |
Hah ! besar lagi pun ada... |
Sembilang besau tuu...
Siap bertelur lagi ...
Ketam pun Abang Burn sapu juga. |
KERANG TELOK MAS
Kerang di sini tak hitam seperti di pasar . Kulitnyer lebih merah . Isi kenyal. Manis tak leh cakap. |
Abang Ghani. Boleh dikatakan pemburu kerang yang utama di sini. Harga memang tinggi sedikit berbanding di pasar. RM 10 untuk 3 KG. Kalau dah makan sekali memang nak lagi. Saiz kerang memang besar. Paling kecil pun sekecil ibu jari kaki orang dewasa.Beliau juga pemburu malam iaitu kaki pancing laut tengah.
Dah siap bungkus. Mari..mari..mari 3 KG RM 10 ajer...... |
Tok.....aku tengah sedih nie........
Abang Ghulam ( berkaca mata ) di tenteramkan oleh Abang Gapar kerana tidak memperoleh hasil yang lumayan. Beliau agak sedih kerana ikan segar yang diharapkan tak dapat di bawa pulang ke restoran tempat beliau bekerja malam ini. Beliau tukang masak di salah sebuah restoran ikan bakar di muara sungai Duyung. Maaflah tak boleh bagi lokasi tepat sebab blog ini untuk kawasan Telok Mas ajer yer.....
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam