Assalamualaikum. Lama Benar daku tidak membuat coretan di sini. Buat makluman kalian, Ayahandaku telah selamat kembali ke Rahmatullah pada 15 Syawal yang lepas. Beliau meninggalkan daku dengan asuhan semenjak kecil. Seramai lima adik beradik lelaki dan seorang perempuan.
Beliau seorang pemandu teksi setelah pulangnya ke tanah air dari berkhidmat di pelabuhan Pulau Krismas ( Australia ) . Ramai juga orang kampung dan rakyat Melaka bekerja di sana dan ada yang mendapat kerakyatan di sana. Pengalaman berada di sana dikongsikan bersama anak-anak. Perihal menangkap ikan di sana sampailah cerita betapa banyaknya ketam merah di sana sehingga memenuhi jalan-jalan raya.
Ketika pulangnya ke tanah air. Kami di didik dengan penuh ketegasan. Pulang dari kerja ( memandu teksi ) perkara pertama di tanya ialah solat. Tak kira pukul berapa pun pulang kerja hatta tengah malam, kami akan di kejut dan di soal perihal solat. Satu waktu tinggal 1 sebatan. Masa tu Abah akan sebat dengan tali pinggang kulit yang di pakainya. Tapi bukannya niat nak bunuh anak. Daku pula banyak kelentong masa tu. Takut kena sebat, lalu kata solat penuh waktu. Malam jumaat pulak wajib ke surau sebagai pengganti abah untuk imarah kan rumah Allah.Abah selalu pulang jam 10 ke atas. Adik-adik kena sebat sebat lurus tak pandai selekoh. Nasib baik daku tak buat perangai sampai tua.
Selepas tanya bab solat, satu lagi ketakutan yang harus dilalui iaitu soal sifir. Sifir 2,5 dan 10 tak main. Senang & Kacang. Yang kena hafal sifir 3,4,6,7,8,9,11,12 dan extra sifir 13. Tang 13 yang aku gagal.... Buat lah pura-pura tidur . Tetap kena kejut.
Selain tu, bila ada kenduri kahwin, wajib kena pergi tolong dan bercampur orang. Aku paling suka pergi tolong waktu pagi sebab orang potong daging. Aku punya kerja biasanya longgok kan daging dlm dulang dan angkat utk basuh . Biasalah untuk di buat masak asam. Lepas siap kerja tu semua, kemas meja dan pasang alas meja, lepas tu makan dan balik rumah. Aku tak minat rewang tengahari sebab crowded sangat. Lagipun telinga ni tak berapa nak hadam bunyi lagu atau karaoke yg kuat. Tapi kalau ada DJ yang islamik aku akan suka . Nasyid aku layan. Bukan sombong lagu lain cuma pembawak badan aku akan pening dengar lagu yang morden gamaknya.
Perkara yang aku paling syahdu sekarang ni ialah terkenang ketika zaman sekolah dulu. Biasanya bila air timpas ( surut ) lepas solat jumaat kami akan turun ke laut bersama Abah. Biasanya aku dan Along akan ikut. Jaring akan di sangkut di kiri dan kanan bahu . Pakai kasut getah dan air masak sebotol yang mak bekalkan. Kami akan melalui beting dan menuju ke Batu Gelama . Kaedah mengharung air. Perahu tak ade.
Lepas pasang jaring, kami naik ke daratan di batu gelama dan mencari kepah dan kupang di situ. Dalam 15-30 minit kami turun untuk susur jaring. Seronok betul. Bukak ikan hidup hidup. Kami pakai jaring belanak ( 1 3/4 inci ) Maka ikan tak lah besar yang dapat. Si gelama je lah yang mengena. Kadang kadang terselit lah udang gantung,ikan belanak, anak kerapu , senangin,kurau dan mcm mcm lagi. Bila pulang kami bagi mak buat sup ikan gelama. Punya lah sedap, walau kecik tapi manis. PERINGATAN ! Gelama pasar jgn buat pasal buat sup. Campak ke tanah lah jawabnya. Tapi kalau selera kamu boleh lulus, silakan.
Buat makluman kalian, Abah dan beberapa orang sahabatnya seperti Pakcik Bedol,Pak Ngah Karia dan beberapa orang lagi merupakan insan peneroka Ternakan Kupang Telok Mas. Ingat lagi abah cerita. Ramai yang kata Abah gila kerana mana ada kupang di Telok Mas masa tu. Tapi lepas 6 bulan buat projek perintis tu maka keluarlah sebiji kereta sorong beroda satu untuk membawa naik hasil kupang dari tepi beting ke daratan. Melopong semua orang yang mengata dulu. Akhirnya banyaklah pokok nibong dan buluh terkorban untuk di buat panggar Kupang. Tak kurang juga batang tiang elektrik kayu yang di cabut LLN masa tu habis di minta mereka.
Dulu 3 Kg kupang RM 5 sahaja. Sekarang ambik kau 3 KG RM 10.
Ok lah. tawakuf dulu.... Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan