HALAMAN

PENGUNJUNG NELAYAN KLASIK

12 Januari 2011

KEMUDAHAN ASAS

Pengkalan Nelayan Telok Mas menyediakan kemudahan asas seperti tandas yang bersih serta tempat solat bagi mereka yang memerlukan. Kebanyakan pengunjung yang datang melakukan aktiviti santai seperti minum petang bersama keluarga. Ada juga yang turun ke beting untuk mencari kepah dengan cara menggali dengan alat yang di panggil 'Kais Kepah'. Selain itu ramai juga yang menjala dan menjaring ikan. Kebanyakan kaki pancing gemar melakukan aktiviti mereka di waktu malam seandainya air pasang. Tak kurang juga yang ketengah lautan untuk memenuhi ketagihan memancing.


Beting adalah daratan yang terbentuk sewaktu air surut. Apabila air pasang ia akan tertutup semula.





Foto di bawah menunjukkan salah seorang nelayan veteran sedang membungkus semula jaring belanak selepas digunakan. Pak Uteh Md Nor adalah pakar menangkap ikan belanak. Kalau di sini ikan belanak menjadi rebutan. Harga sekilogram di antara RM 6 - RM 7 bergantung kepada saiz ikan tersebut.
Teknik mengisa ( mengepung ) digunakan beliau di atas lumpur yang airnya setinggi paras betis sahaja. Ia dilakukan samada air bergerak surut atau bergerak pasang kerana ikan akan masuk atau keluar dari paya bakau ketika ini.





Foto ini pula adalah para ternakan kupang.Di atas pelantar inilah para pemancing melepaskan gian. Kerapu,jenahak,pari,kurau,senangin dan macam macam ikan lagi.
Kalau naik ikan sembilang maka bangga juga sebab masak asam pedas sembilang paling top kat kampung saya nie. Ikan baru mencecah RM 15 sekilo.




Foto ini pula di ambil ketika air mula pasang. Perahu di hadapan sudah bersedia untuk ketengah lautan.Ia dimiliki oleh Abang Md Zin bekas askar komando.Beliau ada lesen untuk bawa penumpang memancing atau ke pulau-pulau untuk aktiviti skuba atau diving.Akan datang saya masukkan gambar orangnya.





Pak Ajak bersiap untuk ke tengah daratan.Hanya tunggu air pasang sahaja. Kapasiti enjin 30 kuasa kuda bersesuaian nelayan di sini. Ada juga yang melebihi 120 kuasa kuda bergantung saiz bot .




Di antara nelayang yang bersiap ke tengah lautan samudera mencari rezeki.











BOLEH MAKAN DAN MINUM

Pelbagai gerai makanan dan minuman yang terdapat di sini. Beroperasi dari jam 3 petang sehingga 12 malam. Diantara menu yang Hott ! adalah seperti CENDOL,ABC,CHEE KONG.
Teh dangdut/goyang pun ada !. Kalau dah banyak sangat kena angin laut minumlah teh sarbat Abang Gapar. Bila angin dah keluar mesti nak makan punyer.
Dari yang ringan hinggalah yang berat Insya Allah ada.
Roti John,Burger,Char kuey teow,mee goreng,tahu panggang,roti bakar,roti canai,lempeng kelapa,pisang goreng,jemput-jemput udang, dan makanan panas.
Kalau nak ubah selera boleh juga cuba makan ikan bakar ( ikan bakau )......


Gerai saya di permulaan jalan masuk ke pengkalan nelayan.
Di antara menu yang boleh dimuatkan dalam ruangan ini seperti dalam gambar.

Saya ler nie.....
Sedang panggang tahu ( tauhu ). Guna arang lagi wangi, tapi lambat sikit dari guna gas. Jaga kesihatan....




Cendol


Char Kuey Teow Penang.
Saya punyer resepi sendiri. Nak jaga Halalan & Thoyyiban. Tak hina pun orang lain punyer yer....
Cuba dulu !

Burger ( pinjam gambar orang lain daa.... )

ABC Special...

Abang Ijat ni niaga untuk isi masa lapang jer....
Usahawan juga nie...... Muka serius sebab ada roti canai dah hangus daaa.....

Bihun Sup/bakso


Gerai Abang Gapar top Teh Sarbat dan bakso. Yang ada janggut tu dia ler.... Beliau juga salah seorang penyempurna fardu kifayah. Gali kuburan..... Di hadapan dia tu Abang Wahid. Pembantu nyer....


Ikan bakar di sini ada dua. Kak Norida & Abang Mahadir ( Di antara Jurulatih bola sepak Melaka )
Kat atas terapung ni ada kedai Kopi Makcik Rose. Operasi pagi sampai malam. Sorang lagi niaga capati n lempeng kelapa iaitu Kak Nab. Suaminya pengeluar minuman ekstrak belut. Abang Ajak namanya.Peluang bisnes nie......


Kalau nak maklumat lanjut hubungi saya untuk dapatkan info dan no telefon usahawan di sini.

En Wan : 012-687 9046

Pemandangan Biasa Sewaktu Air Surut














Pak Ngah adalah salah seorang nelayan veteran yang agak lama ke laut. Semangat orang lama perlu disemai di kalangan generasi sekarang. Beliau juga menjadi guru belajar Berzanji kepada golongan muda di pengkalan nelayan. Biasanya kami berlatih setiap malam rabu dan jumaat.















Membuat alat mencari kerang. Pak Yan (kanan) membuat alat mencari kerang sambil dibantu oleh Abang Gapar. Kerang di sekitar Telok Mas sehingga ke Jeti Umbai adalah kerang yang terbaik setakat ini kerana isinya merah dan kenyal berbanding kerang bela yang dijual di pasar. Kerang di sini membesar semulajadi . Ada juga nelayan mencari kerang di dalam lumpur sewaktu air surut. Hanya kaki yang kuat sahaja mampu berjalan di dalam lumpur sedalam paras peha. Tak sama dengan lumpur sawah daa....

















Gambar candid ini pula menunjukkan Abang Wahid sedang membuang air dalam perahu/sampan selepas hujan. Caranya dengan menyedut air dengan getah paip ke luar sampan. Cara lama perlu gunakan gayung. Kira cara ini lebih senang dan jimat tenaga badan dan elektrik kerana tak payah Water Pump...