HALAMAN

PENGUNJUNG NELAYAN KLASIK

29 Oktober 2011

ASAM PEDAS......

ASSALAMUALAIKUM.


Hari ini disertakan gambar Asam Pedas Ikan Belanak. Kalau kat Kampung Telok Mas ni, ikan belanak mendahului senarai antara ikan kegemaran selepas sembilang. Nak tangkap ikan belanak ni ada bermacam kemahiran diperlukan.Jika cara biasa adalah menjaring/memukat menggunakan perahu/sampan . Tapi cara di pantai Telok Mas ni lagi 'terror'. 


Menapak dalam lumpur yang airnya cetek separas buku lali. Kalu ada antara manusia yang mengatakan senang maka silakan. Alamatnya merah padam muka dan jantung berdegup kencang macam pelari pecut.


Kalau di sini hanya seorang veteran saja yang mampu berbuat begitu iaitu 'Pak Uteh Md Nor'. Usianya menjangkau 70an namun diberikan kesihatan untuk beliau turun laut.


Di bawah ni gambar lauknya : 





Terliur nyer........


Mr Crab


Semalam turun menjaring dapatlah sekor ketam. Balik Rumah timbang . Beratnya dalam 600 gram. Ketik (sepit) bukan main besar. Berpeluh nak patahkan masa kena di jaring. Kalau kena sepit boleh patah jari.


Syiling 50 sen untuk di buat bandingan