HALAMAN

PENGUNJUNG NELAYAN KLASIK

18 Januari 2011

KAKI PANCING CORNER....

Bagi anda yang minat memancing, kawasan ini salah satru port perjuangan anda. Samada boleh memancing di atas jeti nelayang mahupun di atas 'Para Ternakan kupang'. Meskipun baru beroperasi namun sambutan yang amat mengghairahkan dari pemancing  di sini.

Hasil yang terkini dinaikkan oleh satu group pekerja kilang menaikkan seekor pari yang beratnya lebih 5 KG rasanya. Pari Harimau pulak tuu.... Group ni dari malam sampai pagi.



Jeti Nelayan

Ikan Malong yang di naikkan


Abang Md Zin. Salah seorang pembawa kaki pancing ke pulau yang diminta pelanggan seperti Pulau Besar,Pulau Serimbun,Pulau Lalang,Pulau Dodol dan banyak lagi tempat menarik samada. aktiviti memancing,pelancongan ataupun Skuba & Snokling. Beliau baru sahaja tamat dari perkhidmatan jurulatih askar komando. Muka memang garang tapi hati banyak manis daaa.....






Khuatir keselamatan kaki pancing yang baru di hantar ke lokasi memancing malam tadi.Beginilah di fikiran semua ahli nelayan yang terlibat menghantar pelanggan nya ke para kupang untuk memancing. Promosi memancing RM 20 seorang di kenakan .

Pandangan para kupang dari daratan.
















Segar ! Masih Hott...

Ikan pari baru naik ......
Bukan senang nak jumpa hasil yang segar dari laut ini.



Ini baru anak pari.



Hah ! besar lagi pun ada...





































































Sembilang besau tuu...


































Siap bertelur lagi ...



Abang Bakar ( Panggilan manja nyer Abang Burn ). Di antara penangkap sembilang dan pari terkenal di kampung ini.
Abang Burn memang rajin padahal dia seorang kakitangan awam Bila masa lapang jer turun laut. Hasil laut jer kadang-kadang lebih lumayan gaji sebulan. Paling baru hasilnya menaikkan pari lebih 90 Kg dengan kaedah rawai. 

Ketam pun Abang Burn sapu juga.




































































































KERANG TELOK MAS 

Kerang di sini tak hitam seperti di pasar . Kulitnyer lebih merah . Isi kenyal. Manis tak leh cakap.



Abang Ghani. Boleh dikatakan pemburu kerang yang utama di sini. Harga memang tinggi sedikit berbanding di pasar. RM 10 untuk 3 KG. Kalau dah makan sekali memang nak lagi. Saiz kerang memang besar. Paling kecil pun sekecil ibu jari kaki orang dewasa.Beliau juga pemburu malam iaitu kaki pancing laut tengah. 

Dah siap bungkus. Mari..mari..mari 3 KG RM 10 ajer......

Tok.....aku tengah sedih nie........



Abang Ghulam ( berkaca mata ) di tenteramkan oleh Abang Gapar kerana tidak memperoleh hasil yang lumayan. Beliau agak sedih kerana ikan segar yang diharapkan tak dapat di bawa pulang ke restoran tempat beliau bekerja malam ini. Beliau tukang masak di salah sebuah restoran ikan bakar di muara sungai Duyung. Maaflah tak boleh bagi lokasi tepat sebab blog ini untuk kawasan Telok Mas ajer yer.....