HALAMAN

PENGUNJUNG NELAYAN KLASIK

11 Januari 2011

Pemandangan Indah dan Tiupan Angin Laut....

Pemandangan ini di ambil dari pengkalan nelayan . Pulau di hadapan dinamakan pulau Binatang.Uniknya pulau ini ialah daratan hanya dapat dilihat apabila air surut sahaja. Jika air pasang hanya pokok sahaja yang kelihatan.
Manakala pulau di belakangnya ialah Pulau Besar di mana sejarahnya rama para ulama soleh terdahulu mengasingkan diri di sana dan terdapat pusat pengajian ilmu islam. Dukacitanya telah terdapat unsur kurafat yang  dilakukan di sana pada masa kini kerana menganggap kubur para ulama sebagai keramat dan tempat pemujaan nombor ekor dan judi. Mujurlah Jabatan Agama Islam telah bertindak membersihkan anasir kurafat dan sesat tersebut.

IKAN SEGAR BARU NAIK !

Pak Li merupakan salah seorang nelayang sepenuh masa. Biasanya ikan yang di naikkan seperti siakap,jenak ( jenahak ), kerapu, kurau, senangin ,pari dan yang paling tip top jika ikan sembilang baru.