HALAMAN

PENGUNJUNG NELAYAN KLASIK

18 Julai 2011

MELANGGAI UDANG

Di antara kaedah menagkap udang adalah 'Melanggai'. Caranya ialah 2 batang buluh akan di silangkan dan jaring halus ( net ) akan di pasangkan berupa seperti di gambarajah :

Nak tahu datang jer pantai sini. lagi senang.






Kalau di pengkalan balak, aktiviti ini ada juga di lakukan di malam hari. Di telok mas belum lagi yang berani melanggai malam.

KEPAH TELOK MAS

Kepah di sini ada 2 jenis. Pertama jenis kepah beting. Kedua kepah pulau binatang/batu gelama.
Isi kepah beting lebih padat walaupun saiz yang kecil. Kepah pulau atau batu gelama pula kulit tebal tetapi isi kurang padat walaupun saiz besar.

Mentarang pula dari keluarga kepah juga cuma saiz yang besar dan panjang.

KERANG

MENTARANG ( KELUARGA KIJING )





Teritip pula terdapat di batu-batu atau di pokok.

Kaum cina amat suka teritip. Jika yang bersaiz besar ada yang memanggilnya ibu teritip dan ada juga jenis lain yang di panggil "Semal'. Kalau orang Pulau Tioman pula memanggilnya 'Tiram ' kata isteri saya yang berasal dari sana.






Bapa saudara saya menetap di singapura beliau berkhidmat di pelabuhan kapal. Katanya ketika kapal sedang di cuci terdapat banyak teritip di badan kapal. Tetapi tak sedap kerana rasa minyak katanya.