HALAMAN

PENGUNJUNG NELAYAN KLASIK

26 Januari 2011

AKTIVITI LAPANG DI PENGKALAN NELAYAN TELOK MAS

Latihan Maulid Nabi S.A.W sering di lakukan di hari tertentu oleh kaum ibu. Daripada menyanyi yang lagho maka rasanya lebih baik kumandangkan selawat dan qasidah Nabi.

Di kampung ini terdapat 3 buah kumpulan Maulid & Qasidah ber orientasikan alat musik. Lebih lanjut sila kunjungi beberapa rakaman latihan kami di u tube. Taip ajer Maulud Telok Mas.


Maulid yang dipelajari ialah Rawi Maulid Berzanji dan Dibai'e. Gabung sekali dengan Qasidah yang ada.


DI PONDOK INILAH KAMI BERLATIH. KAUM IBU BERLATIH SIANG HARI. KUMPULAN LELAKI BERLATIH MALAM. 

Pondok ini di bina oleh Abang Jalal. Beliau merupakan Pegawai Jabatan Penjara Sekolah Henry Gurney Telok Mas yang membimbing kakitangan dan penghuni sekolah ini pancaragam. 


Abang Atan turut terlibat melatih kaum ibu bermainalat muzik.



Abang Jalal banyak memberi sokongan kepada kami agar meneruskan aktiviti mulia ini.








PEMBURU MALAM.....

Rezeki pemancing di waktu malam.


FUAD BERGAYA DENGAN TANGKAPAN MALAM.
IKAN SEMBILANG DAN TETUKA ( ANAK PARI )
BELIAU TELAH MEMBUAT RAKYAT PEKAN NANAS JOHOR BANGGA KERANA MENJADI PEMANCING YANG BERBAKAT DI TELOK MAS...... SOLO LAGI NI ......

TERKINI ! SEMBILANG SEGAR.......

SUNGGUH PUAS RASANYA BILA REZEKI KURNIAAN ALLAH DI BERIKAN KEPADA SAYA.

2 EKOR SEMBILANG SEBERAT 1 KG DI NAIKKAN DENGAN KAEDAH RAWAI (GAWAI).
KAEDAH RAWAI MENGGUNAKAN MATA KAIL YANG BANYAK DAN DI IKAT PADA TALI YANG PANJANG. BERGANTUNG KEPADA INDIVIDU YANG UNGIN MELETAKKAN SEBANYAK MANA MATA KAIL NYA. uMPAN YANG DIGUNAKAN IALAH ULAT BATU. BOLEH JUGA SIPUT BELONGKENG, TAPI KENA CARI DALAM PAYA BAKAU PULAK.
SAYA HANYA MENGGUNAKAN 20 MATA KAIL SETIAP SATU JARAKNYA SATU DEPA.
JIKA BERNASIB BAIK PARI PUN DAPAT. TAPI ADA CARANYA.TAK PERLU LETAK UMPAN PUN TAK MENGAPA. NAK TAHU KENA DATANG BERGURU DENGAN NELAYAN DI SINI DAA.....

TONG EMPAT SEGI DIGUNAKAN  BAGI MEMUDAHKAN PROSES MEMATAHKAN SENGAT DAN MENGELUARKAN MATA KAIL DARI MULUT IKAN SEMBILANG


POSING HABIS.......


ANAKANDA PUN TUMPANG SEKAKI DAA......




ASAM PEDAS SEMBILANG LAH JAWAB NYER.......



AWAS !!   JANGAN SAMPAI AIR LIUR ANDA MEMBASAHI KEY BOARD OKEY......


ASAM PEDAS SEMBILANG YANG DIGILAI OLEH PENDUDUK TELOK MAS MAHUPUN PENGUNJUNG LUAR. CUKUP MASAM NYA JADILAH JAWABNYER......RESEPI ASLI ASAM PEDAS TELOK MAS MENGGUNAKAN ASAM JAWA DAN DAUN LIMAU PURUT. YANG ADA DAUN KESUM TU KIRA DAH TAK ORIGINAL TELOK MAS...
WAHAI ANAK KAMPUNG MERANTAU TAK TERLIUR KER ?.....

NAK RESEPI ORIGINAL BOLEH DAPAT DI CORETAN YANG LAIN K.











FUUH..... KERAPU.....

PAK AJAK DENGAN KERAPU 1.95 KG. HARGA 1 KILO RM 40.00. SENYUM PANJANG PAK AJAK HARI ITU.



KARAU SEMULA JARING YANG KUSUT DI PUKUL OMBAK

PAK AJAK DI BANTU PAK DIN ( TAUKEY ) GERAI MAKAN DI MEDAN SELERA TELOK MAS. BELIAU TIDAK MELEPASKAN PELUANG MEMBANTU PAK AJAK KERANA INGIN MELEPASKAN PENAT SEHARIAN DI GERAI.

KEPAH TELOK MAS
RUPA BENTUK SI KEPAH NIE.............

PAK AJAK DI ANTARA PENCARI TEGAR KEPAH DI DISINI. BELIAU SERING BERSAMA ISTERINYA NGAH BIAH MENCARI KEPAH BERSAMA.PASANGAN SEHATI SEJIWA KATAKAN.







LAWATAN EXCO KERAJAAN NEGERI MELAKA

LAWATAN OLEH EXCO KERAJAAN NEGERI  DAN BEBERAPA JABATAN TERBABIT UNTUK MENAIK TARAF KEMUDAHAN DI JETI NELAYAN TELOK MAS.






GAMBAR DI ATAS DI AMBIL SEMASA PROGRAM EXCO KERAJAAN NEGERI MEMBUAT LAWATAN. MAJLIS DIMULAKAN DENGAN DOA YANG DIBACAKAN OLEH IMAM DUA MASJID AL - KHAIRIAH TELOK MAS.

18 Januari 2011

KAKI PANCING CORNER....

Bagi anda yang minat memancing, kawasan ini salah satru port perjuangan anda. Samada boleh memancing di atas jeti nelayang mahupun di atas 'Para Ternakan kupang'. Meskipun baru beroperasi namun sambutan yang amat mengghairahkan dari pemancing  di sini.

Hasil yang terkini dinaikkan oleh satu group pekerja kilang menaikkan seekor pari yang beratnya lebih 5 KG rasanya. Pari Harimau pulak tuu.... Group ni dari malam sampai pagi.



Jeti Nelayan

Ikan Malong yang di naikkan


Abang Md Zin. Salah seorang pembawa kaki pancing ke pulau yang diminta pelanggan seperti Pulau Besar,Pulau Serimbun,Pulau Lalang,Pulau Dodol dan banyak lagi tempat menarik samada. aktiviti memancing,pelancongan ataupun Skuba & Snokling. Beliau baru sahaja tamat dari perkhidmatan jurulatih askar komando. Muka memang garang tapi hati banyak manis daaa.....






Khuatir keselamatan kaki pancing yang baru di hantar ke lokasi memancing malam tadi.Beginilah di fikiran semua ahli nelayan yang terlibat menghantar pelanggan nya ke para kupang untuk memancing. Promosi memancing RM 20 seorang di kenakan .

Pandangan para kupang dari daratan.
















Segar ! Masih Hott...

Ikan pari baru naik ......
Bukan senang nak jumpa hasil yang segar dari laut ini.



Ini baru anak pari.



Hah ! besar lagi pun ada...





































































Sembilang besau tuu...


































Siap bertelur lagi ...



Abang Bakar ( Panggilan manja nyer Abang Burn ). Di antara penangkap sembilang dan pari terkenal di kampung ini.
Abang Burn memang rajin padahal dia seorang kakitangan awam Bila masa lapang jer turun laut. Hasil laut jer kadang-kadang lebih lumayan gaji sebulan. Paling baru hasilnya menaikkan pari lebih 90 Kg dengan kaedah rawai. 

Ketam pun Abang Burn sapu juga.




































































































KERANG TELOK MAS 

Kerang di sini tak hitam seperti di pasar . Kulitnyer lebih merah . Isi kenyal. Manis tak leh cakap.



Abang Ghani. Boleh dikatakan pemburu kerang yang utama di sini. Harga memang tinggi sedikit berbanding di pasar. RM 10 untuk 3 KG. Kalau dah makan sekali memang nak lagi. Saiz kerang memang besar. Paling kecil pun sekecil ibu jari kaki orang dewasa.Beliau juga pemburu malam iaitu kaki pancing laut tengah. 

Dah siap bungkus. Mari..mari..mari 3 KG RM 10 ajer......

Tok.....aku tengah sedih nie........



Abang Ghulam ( berkaca mata ) di tenteramkan oleh Abang Gapar kerana tidak memperoleh hasil yang lumayan. Beliau agak sedih kerana ikan segar yang diharapkan tak dapat di bawa pulang ke restoran tempat beliau bekerja malam ini. Beliau tukang masak di salah sebuah restoran ikan bakar di muara sungai Duyung. Maaflah tak boleh bagi lokasi tepat sebab blog ini untuk kawasan Telok Mas ajer yer.....

13 Januari 2011

Lokasi Pantai Nelayan Telok Mas

Telok Mas terletak  hanya 10 Km tidak jauh dari pusat bandar dan hanya 8 Km dari Bandar Hilir.
Jika anda dari plaza tol Air Keroh, panduan untuk ke sini ialah petunjuk arah Merlimau / Muar.
Selain itu medan ikan bakar Umbai boleh dijadikan panduan kerana jarak antara Telok Mas dengan Umbai hanya 3 KM sahaja.

Sekiranya anda dari pusat bandar,carilah signboard Muar/Merlimau. Anda pasti akan jumpa.
Bagi mereka dari arah Muar/Johor boleh menggunaka panduan ke pusat bandar / Bandar Hilir.

Panduan yang lebih terperinci ialah Sekolah Henry Gurney,Telok Mas Melaka.
Pantai ini bersebelahan dengan pusat pemulihan kes juvana ini.

12 Januari 2011

KEMUDAHAN ASAS

Pengkalan Nelayan Telok Mas menyediakan kemudahan asas seperti tandas yang bersih serta tempat solat bagi mereka yang memerlukan. Kebanyakan pengunjung yang datang melakukan aktiviti santai seperti minum petang bersama keluarga. Ada juga yang turun ke beting untuk mencari kepah dengan cara menggali dengan alat yang di panggil 'Kais Kepah'. Selain itu ramai juga yang menjala dan menjaring ikan. Kebanyakan kaki pancing gemar melakukan aktiviti mereka di waktu malam seandainya air pasang. Tak kurang juga yang ketengah lautan untuk memenuhi ketagihan memancing.


Beting adalah daratan yang terbentuk sewaktu air surut. Apabila air pasang ia akan tertutup semula.





Foto di bawah menunjukkan salah seorang nelayan veteran sedang membungkus semula jaring belanak selepas digunakan. Pak Uteh Md Nor adalah pakar menangkap ikan belanak. Kalau di sini ikan belanak menjadi rebutan. Harga sekilogram di antara RM 6 - RM 7 bergantung kepada saiz ikan tersebut.
Teknik mengisa ( mengepung ) digunakan beliau di atas lumpur yang airnya setinggi paras betis sahaja. Ia dilakukan samada air bergerak surut atau bergerak pasang kerana ikan akan masuk atau keluar dari paya bakau ketika ini.





Foto ini pula adalah para ternakan kupang.Di atas pelantar inilah para pemancing melepaskan gian. Kerapu,jenahak,pari,kurau,senangin dan macam macam ikan lagi.
Kalau naik ikan sembilang maka bangga juga sebab masak asam pedas sembilang paling top kat kampung saya nie. Ikan baru mencecah RM 15 sekilo.




Foto ini pula di ambil ketika air mula pasang. Perahu di hadapan sudah bersedia untuk ketengah lautan.Ia dimiliki oleh Abang Md Zin bekas askar komando.Beliau ada lesen untuk bawa penumpang memancing atau ke pulau-pulau untuk aktiviti skuba atau diving.Akan datang saya masukkan gambar orangnya.





Pak Ajak bersiap untuk ke tengah daratan.Hanya tunggu air pasang sahaja. Kapasiti enjin 30 kuasa kuda bersesuaian nelayan di sini. Ada juga yang melebihi 120 kuasa kuda bergantung saiz bot .




Di antara nelayang yang bersiap ke tengah lautan samudera mencari rezeki.











BOLEH MAKAN DAN MINUM

Pelbagai gerai makanan dan minuman yang terdapat di sini. Beroperasi dari jam 3 petang sehingga 12 malam. Diantara menu yang Hott ! adalah seperti CENDOL,ABC,CHEE KONG.
Teh dangdut/goyang pun ada !. Kalau dah banyak sangat kena angin laut minumlah teh sarbat Abang Gapar. Bila angin dah keluar mesti nak makan punyer.
Dari yang ringan hinggalah yang berat Insya Allah ada.
Roti John,Burger,Char kuey teow,mee goreng,tahu panggang,roti bakar,roti canai,lempeng kelapa,pisang goreng,jemput-jemput udang, dan makanan panas.
Kalau nak ubah selera boleh juga cuba makan ikan bakar ( ikan bakau )......


Gerai saya di permulaan jalan masuk ke pengkalan nelayan.
Di antara menu yang boleh dimuatkan dalam ruangan ini seperti dalam gambar.

Saya ler nie.....
Sedang panggang tahu ( tauhu ). Guna arang lagi wangi, tapi lambat sikit dari guna gas. Jaga kesihatan....




Cendol


Char Kuey Teow Penang.
Saya punyer resepi sendiri. Nak jaga Halalan & Thoyyiban. Tak hina pun orang lain punyer yer....
Cuba dulu !

Burger ( pinjam gambar orang lain daa.... )

ABC Special...

Abang Ijat ni niaga untuk isi masa lapang jer....
Usahawan juga nie...... Muka serius sebab ada roti canai dah hangus daaa.....

Bihun Sup/bakso


Gerai Abang Gapar top Teh Sarbat dan bakso. Yang ada janggut tu dia ler.... Beliau juga salah seorang penyempurna fardu kifayah. Gali kuburan..... Di hadapan dia tu Abang Wahid. Pembantu nyer....


Ikan bakar di sini ada dua. Kak Norida & Abang Mahadir ( Di antara Jurulatih bola sepak Melaka )
Kat atas terapung ni ada kedai Kopi Makcik Rose. Operasi pagi sampai malam. Sorang lagi niaga capati n lempeng kelapa iaitu Kak Nab. Suaminya pengeluar minuman ekstrak belut. Abang Ajak namanya.Peluang bisnes nie......


Kalau nak maklumat lanjut hubungi saya untuk dapatkan info dan no telefon usahawan di sini.

En Wan : 012-687 9046