HALAMAN

PENGUNJUNG NELAYAN KLASIK

25 Julai 2012

HAMPIR SETAHUN MENYEPI, SETELAH PEMERGIAN AYAHANDA KU KE PANGKUAN ILAHI PADA SYAWAL 2011. KINI KENANGAN SEDIH SUDAH BOLEH DI HARUNGI.

AKTIVITI BARU TAHUN INI...

TANAM POKOK CILI PADI JENIS SENTILDAN BARA. 300 BATANG.

PRODUCTION DAH KELUAR DARI BULAN MAC 2012.

BAGI MEREKA YANG NAK CILI PADI YANG SEGAR NI, HARGA BOLEH DAPAT KURANG DARI PASARAYA BESAR.

012-6879046

SELAIN ITU MEMBEKAL ALATAN FERTIGASI .



















08 November 2011


KORBAN ....

KUMPULAN MAULID AL-JAZEERA QUBRA BERSAMA PENDUDUK SOLOK BARUH,TELOK MAS BERSAMA-SAMA MENUMBANGKAN 3 EKOR LEMBU KORBAN.

BERMULA SEBELUM 9 PAGI. SEBELUM JAM 12 DAH SIAP DI AGIHKAN.KERJAMASA DI SOLOK INI MEMANG KUAT SEMENJAK ZAMAN TOK NENEK LAGI BERBANDING DI TEMPAT LAIN.

Abang Md Nor...di beri tugas menumbangkan lembu nie.....
Sebelah kiri satu balingan ala koboi di lakukan...
Tapi sayang , tak tahu siapa pembalingnya... 



Pak Ngah Karia menunjukkan skill kepada
anak-anak buahnya.
(Pak Ngah dan Al-Marhum ayahanda saya adalah perintis penternakan kupang Telok Mas)


Lembu mesti diurus dengan penuh adab.
Sebab dia pun makhluk tuhan...

Okey.... Takbir !!......
Maka semua mula bertakbir sebelum lembu disembelih...



Penyembelihan bermula...
Pegang kuat Wahid...... Kata Pak Ngah Karia..

Semua urat mesti putus tanpa mengangkat parang, baru sah penyembelihan mengikut syarak

fuuhhhh..... berbaloi juga nak tumbangkan lembu nie.....
kata abg Zol......
Abang Wahid membuka ikatan tali pada kaki lembu yang sudah disembelih.
Abang Acip sebagai Komanden dalam program hari ini. Tabik tuan..... Syukur semua beres.... tahun depan tuan handle lagi....
Proses melapah kulit....
Pekerja cemerlang menimbang daging .....
Tiada seri tanpa Tekong.... Abang Kamal @ Abang Cam...

AQIQAH PADA PETANGNYA.

SEEKOR KAMBING UNTUK CUCU KEPADA HJ MD NOR SINGAPURA ( BAPA SAUDARA SAYA )

 

First time lapah kambing... kata Emy.. adik saya

PAK MAT & PAK UMAR
PAKAR OPERATE BIDANG NIE.....
Syidie kat belakang tengah belajar..






DAH SIAP !!......

05 November 2011

BERKORBAN.....


ASSALAMUALAIKUM....


SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA IDULADHA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG "NELAYANKLASIK" SERTA SELURUH UMMAT ISLAM SAMADA DI MALAYSIA,SINGAPURA,BRUNEI,INDONESIA,THAILAND MAHUPUN RUMPUN ISLAM DI NUSANTARA INI DAN SELURUH DUNIA.


SEMOGA PADA HARI RAYA KORBAN INI BUKAN HANYA LEMBU DIKORBANKAN ATAU TERKORBAN DI JALANRAYA MAHUPUN MENGORBANKAN MARUAH DIRI . 


YANG SEBENAR PENGORBANAN ITU ADALAH APA YANG DILAKUKAN AKAN SAMPAI KEPADA ALLAH MENGIKUT JALAN SYARIAT YANG DITETAPKAN NYA.


BERKORBAN KESUCIAN DIRI KEPADA KEKASIH MENGUNDANG AKAN TERKORBANNYA DIRI DI DALAM API NERAKA KELAK.


MEMANG ALLAH PENENTU AMALAN DAN SEGALA PENGORBANAN HAMBA NYA. YANG PERLU DI FAHAMI IALAH CARA PERLAKUAN NYA. 


KERANA :


INGATLAH ! 


'MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA'


BERSAMA FIKIRKAN.


'BERFIKIR SESAAT LEBIH BAIK DARIPADA APA YG ADA DI BUMI DAN SE-ISINYA'


ANDAI DAKU TERSALAH SILA BETULKAN.......

29 Oktober 2011

ASAM PEDAS......

ASSALAMUALAIKUM.


Hari ini disertakan gambar Asam Pedas Ikan Belanak. Kalau kat Kampung Telok Mas ni, ikan belanak mendahului senarai antara ikan kegemaran selepas sembilang. Nak tangkap ikan belanak ni ada bermacam kemahiran diperlukan.Jika cara biasa adalah menjaring/memukat menggunakan perahu/sampan . Tapi cara di pantai Telok Mas ni lagi 'terror'. 


Menapak dalam lumpur yang airnya cetek separas buku lali. Kalu ada antara manusia yang mengatakan senang maka silakan. Alamatnya merah padam muka dan jantung berdegup kencang macam pelari pecut.


Kalau di sini hanya seorang veteran saja yang mampu berbuat begitu iaitu 'Pak Uteh Md Nor'. Usianya menjangkau 70an namun diberikan kesihatan untuk beliau turun laut.


Di bawah ni gambar lauknya : 





Terliur nyer........


Mr Crab


Semalam turun menjaring dapatlah sekor ketam. Balik Rumah timbang . Beratnya dalam 600 gram. Ketik (sepit) bukan main besar. Berpeluh nak patahkan masa kena di jaring. Kalau kena sepit boleh patah jari.


Syiling 50 sen untuk di buat bandingan







23 Oktober 2011

PERKONGSIAN ILMU



Doa ubati Angau





Dalam kitab Dzahabul Abraz fi Asrari Khawasi Kitabullahil Azizkarangan Imam Al Ghazali:

Ibnu Qutaibah berkata :
Aku temui waktu keremajaanku seorang sheikh dari kalangan orang sufi. Pada suatu hari aku bertanya kepadanya:

" Kamu adalah seorang Sheikh bagi kami yang memberi nasihat yang benar dan dikenali dengan sifat penyayang dan rasa simpati, Apalah kiranya kamu ceritakan kepada kami suatu yang ajaib yang pernah kamu lihat sepanjang hidupmu" .

Kata Sheikh :

"Aku lihat pada zaman remaja ku seorang perempuan yang sangat cantik dan menarik perhatianku. Maka timbul perasaan seperti perasaan orang muda-muda. Maku aku tidak dapat melelapkan mata di kala malam hari. Sehingga akhirnya aku dapat tidur dan aku bermimpi ada suara berkata kepadaku dalam mimpiku

"Rawatilah dirimu dengan ayat-ayat Al Quraan yang tidak pernah diturunkan selain kepada Nabi Muhammmad Sallawaalaihiwasalam". 

Aku bertanya : "Apakah ayat-ayat itu?".

Suara itu menjawab : ayat-ayatnya ialah :
1. Ayat 27 surah Ibrahim
2. Ayat 74-75 surah Israk
3. Ayat 45 surah Anfal

Aku pun membacakan ayat-ayat tersebut, maka aku rasa seperti tercabut segala masalahku sebagaimana tercabut ikatan pada kepala atau seperti aku keluar dari gua yang gelap"

( MAKLUMAT INI NELAYANKLASIK PETIK DARI... )

terima kasih kerana kunjungan anda

Ayat-ayat di atas adalah :