HALAMAN

PENGUNJUNG NELAYAN KLASIK

19 Oktober 2011

SEMOGA DIKURNIAKAN HAJI YANG MABRUR

ASSALAMUALAIUM.....

Tahun ini daku ingin ucapkan Selamat menunaikan Ibadah Fardhu Haji buat semua ummat Nabi Muhammad S.A.W. Tak lupa juga  diucapkan kepada sahabatku Abang Ghapar Tok Salleh dan semua orang kampung ku. Semoga Di kurniakan Haji yang mabrur. insya Allah. Amin.... Ya Allah daku juga ingin menjadi tetamu Mu. Terimalah jua daku sebagai Tetamu Mu Ya Allah. Amin......

Tak lamai ibadah Korban pula . Harapnya daging korban yang diterima tidaklah sampai penuh peti ais nanti. Sunnahnya sekali masak sahaja. Tapi kalau orang dah bagi aku ambil ajer. bukan rompak atau curi pun. Tapi zaman dulu kat kampung aku ada perkara pelik. bila tumbang jer beberapa ekor binatang An'Am tu. Siang-siang lagi ekor dah hilang. Tulang selangka kurang satu dua. kena rembat. Tapi tu cerita zaman Jahiliah atau zaman gelap orang kampung aku. Kini tidak lagi. Lama benau tinggal amalan pelik tu. Dah gamai yang beriman.

Tapi aku yakin, ada sesetengah kampung masih berlaku masalah ni. Mungkin terlebih iman tuu. Jadi nak kurangkan iman rembatlah produk korban kot. Nauzubillah...

Ok Lah. akhir sekali di ucapkan semoga selamat mengundi. Any time.... Pilih ikut Iman. Lihat masalah sekarang. Agama perlu di utamakan. Selawat bebanyak agar nampak mana satu yang nak di pangkah. Semoga Allah tak pangkah dahi kita di akhirat nanti. Nauzubillah....

Allah mengingatkan bahawa Dosa hamba Nya ibarat buih di lautan. Dipukul ombak dan berkecai pecah adalah tamsilan akan pengampunan Nya amat luas".

Manusia masuk neraka bukan kerana berbuat dosa tetapi sebab Tak Mahu Taubat....

Nabi sahaja Ma'sum kan.... ( Terpelihara dari Dosa )

Kalau daku tersalah sila betul kan......

Wassalam.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan